KLSCM 2023 – Full Marathon Ke-5

Alhamdulillah, Full Marathon ke-5 peribadi.

Catatan masa tak berapa baik (FM paling slow) tapi masih dalam tempoh yang ditetapkan. 23 minit lagi nak tutup pagar COT. Beza hampir sejam berbanding Melaka bulan 8 lepas. 😅

Subuh di KM-20 dekat Plaza Tol Dato’ Keramat (AKLEH) @Musolla bergerak. Sampai² elok je azan subuh. Lama berhenti dalam 20 minit. Beratur ambil wudhuk panjang sangat.

Mental masih tak dapat nak control dengan laluan yang panjang di DUKE & Jalan Kuching macam tahun lepas.. memang mental betul haha…

Tobat dah nak masuk FM… (Untuk hari ni je la… 🤣)

Rekod Rasmi FM:

✨Selangor Marathon 2020 – 05:07:31 👈 Personal Best Record
🏃‍♂️KL Standard Chartered Marathon 2022 – 06:12:47
🏃‍♂️Penang Bridge International Marathon 2022 – 06:07:12
🏃‍♂️Melaka International Marathon 2023 – 05:57:17
🥵KL Standard Chartered Marathon 2023 – 06:49:15

#KLSCM2023
#JadikanLangkahmuZikrullah
#FullMarathon

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *