Selangor Bypass (Rawang ByPass) Half Marathon 2022 – Setelah Berehat Lama PKP

الحمدلله

Join event pertama selepas PKP.. Selangor Bypass (Rawang ByPass) Half Marathon 2022 Selangor Bypass Half Marathon .

Target kali ni janji habis je. Laluan banyak mendaki. Training pun kurang 🤭. Garmin kira menyamai bangunan 93 tingkat😅🥵. Lebih KLCC dah ni

Mula 4.30 pagi.. sampai 7.14 pagi… Keputusan rasmi Chip Time 2jam 42 minit (termasuk +- 10 minit subuh di KM-15) Gun Time 2jam 44minit…

Bermula depan Lotus/Tesco Rawang.. naik Rawang ByPass sampai hujung & pusing balik..

Takleh lawan dah rekod terbaik 1jam 59 minit Seremban Marathon 2019.. tapi takleh nak banding juga laluan mendatar & mendaki..

Kedudukan 344/587 kategori laki veteran (791/1539) keseluruhan..

Okla.. golongan 50% kat tengah².. bukan depan & bukan belakang…😬

#JadikanLangkahmuZikrullah
#SelangorByPassHalfMarathon
#RawangBypass
#iRunSelangorByPass

#15
Selangor ByPass Half Marathon 2022

31 Julai 2022, 21KM @Rawang

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *