Selangor Marathon 2020 – Secara Rasminya Digelar Sebagai Pelari Marathon

I’m officially a marathoner.

Alhamdulillah.. penyertaan kali pertama acara Full Marathon 42.195km ini berjaya diselesaikan dengan jaya, selamat & free injury

Setelah 507 hari sejak mula aktif berlari, 353 sesi larian, 305 hari berlari dengan jarak keseluruhan 2,869.1km, pada tahun kelahiran ke-42 akhirnya diberi kekuatan untuk menamatkan FM 42km Selangor Marathon 2020

Bermula 1 pagi di Litar Sepang ke run way KLIA2 (berlumba dengan Air Asia nak take off😁✈️) pusing semula hingga jalan nak Masuk Labu Lanjut terus kembali ke Litar Sepang.

Alhamdulillah dapat habiskan dengan masa rasmi 5jam 7minit 31 saat. Cuma target masa tersasar 7 minit. Target asal nak habiskan kurang 5 jam.. Pacer 5jam dah memotong di km ke-33. Tapi still dapat selesaikan sebelum masuk waktu Subuh. Mudah untuk solat subuh tak perlu berhenti semasa berlari.

Seperti tanda pagar yang selalu aku tulis #JadikanLangkahmuZikrullah. Jadi manfaatkan masa berlari dengan mendengar bacaan quran hingga Juzuk ke-4 daripada Sheikh Mishari Rashid Alfasay sepanjang berlari. Stop dengar 40 minit sebelum ke finish line.. sebab bateri earphone habis. Daripada kita dengar lagu2 baik dengar quran ye tak.. secara tak langsung terikut membaca di dalam hati.. dah lah berlari sampai melangkaui sepertiga malam..

My new PB for HM & of course for FM😁

#My1stFullMarathon
#IamOfficiallyAMarathoner
#StayFit
#FitIsSunnah
#SelangorMarathon
#SelangorMarathon2020
#JadikanLangkahmuZikrullah

#14
Selangor Marathon 2020

23 Februari 2020, 42KM @F1 Sepang

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *