Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 – HM di Hari Lahir Ke-41

Alhamdulillah. Larian Hari Lahir ke-41. Tamat Half Marathon 21km Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019

Unofficial result 2jam 17 minit 54 saat termasuk berhenti solat subuh dalam 6-7 minit di km ke 2.5 kat Masjid Polis Dang Wangi. Elok je azan subuh lalu depan masjid. Dulukan yg wajib

Ikut rekod strava 2jam 13 tepat 21.095km. Tolak 7 minit solat rasanya PB aku utk HM ni.. Seblum ni pernah buat 2jam 9min.

Alhamdulillah 10% dibarisan hadapan no 942 drpd 8,705 peserta (& still running rasanya peserta dekat 10K. Sebab masa screen result tak habis semua lagi) termasuk atlet2 elit dari Kenya. Atau 278/1,857 kategori men Malaysian veteran

Mula agak di belakang. Pen 4. Sebab dulu register COT 3jam. Elevation tinggi berbanding event2 sebelum ni. 400m++ Km ke 15 baru dapat keluar dari kelompok ramai

Tahun depan boleh join full Marathon kot 😁

Next Proton #hsn21km2019 13 Okt 2019

#klscm2019
#scklm2019
#klscm
#scklm
#halfmaraton
#jadikanlangkahmuzikrullah
#stayfit @ Dataran Merdeka,Kuala Lumpur

#11
KL Standard Chartered Marathon 2019

29 September 2019, 21KM @Kuala Lumpur

Leave a Comment

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *